Sambutan hari ulang tahun kelahiran penyanyi Ande Bernadee ke-29 kelmarin mendapat keca-man netizen kerana dikatakan memb4zir dan tidak bersyukur dengan makanan.
Menerusi video yang dimuat naik Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile,hari lahirnya diraikan oleh rakan-rakan nya dengan cara menuang satu plastik tepung gandum ke atas kepala serta badannya.
Gelagat Andi yang cuba megelak dan menjerit disebabkan terkejut membuatkan rata-rata pengikutnya tidak bersetuju dengan situasi dan cara sambutan tersebut dilakukan.
Pada ruangan komen, netizen mengatakan Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi pada ketika ini selain sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur.
Sumber:Kosmo