Illi Najwa sahkan status agama dan suami

Tidak semena-mena nama Illi Najwa Anuar Hussin Saddique menjadi panas berikutan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019, malah upacara pernikahan pada 16 Disember lalu sebenarnya diadakan secara tertutup.

Tegas Illi,dia tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang did4kwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Jelas Illi lagi, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Media India sebelum ini melap0rkan Illi berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban.

Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

K0ntoversi tercetvs apabila Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mengundag status agamanya.

Mengulas mengenai video resepsi perkahwinannya di India, Illi berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensit1iviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang dide-dahkan oleh media itu di luar kawalan, sehigga mengheret namanya dan suami.

”Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika Manpreet mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ujarnya.

 

 

 

 

Sumber:MalaysiaGazette