Baru-baru ini heboh kisah mengenai Kamal Adli yang melamar Uqasha Senrose secara ‘live’ ketika Anugerah Meletop Era 2020.
Lantaran itu,ada yang memuji, ada juga yang menegur kerana budaya sedemikian nyata bertentagan dengan budaya dan agama.
Rupa-rupanya selain Kamal Adli, 2 Aktor Malaysia ini juga nekad melamar pasangan secara ‘Live’ yang bukan hanya disaksikan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga mereka, malah hampir ‘1 Malaysia’ menyaksikan lamaran tersebut.
Mari kita imbas detik lamaran yang pernah menjadi sejarah dalam lipatan kehidupan pasangan selebriti ini.
1.Set Propaganza Jadi Saksi Lamaran Awal Ashaari Buat Scha Al-yahya
Awal Ashaari merupakan selebriti pertama yang membuat lamaran kepada kekasihnya yang kini sudah menjadi isteri tercinta, Scha Al-Yahya.
25 Mac 2012 menjadi detik bersejarah buat pasangan ini apabila Awal membuat kejutan di set rakaman program Propaganza yang telah dihoskan oleh Reza Mohammad dan Masha Milan Londoh.
Difahamkan, ketika itu Awal dan Scha telah dijemput sebagai tetamu jemputan dan Awal mende-dahkan dia sudah lama menunggu hari yang sesuai untuk melamar Scha.
Menurutnya, tarikh 25 Mac merupakan tarikh yang sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan ketika itu.
Ketika melamar Scha, Awal menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan sebuah patung beruang besar.
Awal dan Scha telah dinikahkan pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan,Lara Alana dan bakal menimang cahaya mata kedua pada awal 2021.
2.Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Pentas Akhir Gegar Vaganza
Membuktikan lambang cinta nya, pelakon Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di hadapan ratusan penonton ketika di pentas akhir Gegar Vaganza 2015 (GV2) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Sebelum ini, Hairul menyatakan Hanis merupakan sahabat baiknya sebelum membuat kejutan melamar pelakon itu.
Difahamkan Hairul terlebih dahulu meminta restu daripada ibu bapa Hanis dan kej-utan itu turut diminta oleh produksi Astro sebagai gimik acara itu.
“Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.
Sebelum datang ke sini (GV), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka. Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah.
Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikah awak menjadi isteri saya?” lamar Hairul kepada Hanis.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan kini bahagia dengan sepasang cahaya mata, Yusof Iskandar 4, dan Alisa Aisyah,1.
Nampaknya betul lah seperti yang diperkatakan oleh PU Rahmat.
Melamar secara terang-terangan telah menjadi trend dan ianya eloklah dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.
Ini kerana Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan
kerana ada kaedah yang lebih baik, iaitu kaedah merisik yang memberi wanita masa untuk berfikir,bermuhasabah dan membuat perkiraan.
Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.
Bukan itu sahaja, ia juga untuk menjaga air muka lelaki itu sendiri.Lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi dit0lak secara terang-terangan juga. Maka, jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.
Romantiklah dgn syariat , InsyaAllah berkat.
Sumber:Murai,FB PU Rahmat