Temu jodoh dengan lelaki Itali, bekas finalis Dewi Remaja kembali ke fitrah

Suatu masa dulu, Amrinee Ghazi, 39, atau lebih dikenali sebagai Irene Ghazi pernah terlibat dalam dunia glamor.

Menjadi finalis Dewi Remaja 1998/1999 ketika berusia 16 tahun, raut wajahnya sentiasa menjadi perhatian lensa kamera pada masa itu.

Dengan pakej kulit hitam manis serta ketinggian seperti yang didambakan pihak agensi, wanita itu acap kali dipanggil menjadi penghias muka depan majalah dan papan iklan.

Biarpun tidak menjuarai pertandingan popular tersebut, namun namanya begitu gah di pentas peragaan sebagai seorang model.

“Saya juga pernah menyertai pertandingan Asia Bagus. Syarikat agensi yang minta saya menyertainya. Mereka kata suara saya sedap, tapi tak menang juga,” ceritanya lagi.

Bukan itu sahaja, Irene turut mempunyai asas dalam bidang tarian balet membuatkan dirinya lebih istimewa.

Setelah 14 tahun disimbah cahaya lensa, tahun 2008, ketika berusia 27 tahun, Irene mengucapkan selamat tiggal kepada arena peragaan setelah berkahwin kerana ingin memberikan perhatian kepada keluarganya.

Cerita Irene, “Pada masa itu, saya sudah mula mendalami ilmu agama, tapi masih tak pakai tudung lagi. Apabila saya diser-ang gastr1k,saya rasa seolah-olah nyawa saya bakal ditarik. Kemudian ibu saya menin-gg4l dunia pula. Daripada situ, saya mula mengenakan selendang dan semakin mendekatkan diri dengan ALLAH,” katanya.

Namun Irene diuji apabila perkahwinannya dil4nda bad-ai setelah dikurniakan empat orang anak. Irene kemudiannya berpi-sah pada tahun 2013.

Tidak mengeluh apalagi memar4hi takdir, Irene percaya terselit hikmah di sebaliknya.

Ternyata ALLAH MAHA BERKUASA apabila sebaik tamat tempoh idah, Irene dipertemukan dengan seorang lelaki warga Itali yang kini menjadi suaminya, Aarif.

“Perkenalan kami bermula menerusi aplikasi WeChat. Mengenali dirinya membuatkan saya benar-benar kagum. Bayangkan dia banyak tahu pasal Islam dan sejarah agama suci ini. Rupa-rupanya, Aarif memang belajar pasal Islam dan sirah nabi sejak di bangku sekolah lagi. Di Eropah, ia menjadi subjek wajib untuk dipelajari di sana,” katanya.

Genap dua minggu perkenalan, Aarif melamar Irene selepas seminggu lelaki itu memeluk Islam. Biarpun jauh terpisah beribu batu, Irene tanpa lelah membimbing Aarif belajar mengaji, solat dan al-Quran. Semuanya dilakukan secara online sahaja.

“Tiga bulan kemudian, Aarif terbang ke Kuala Lumpur. Bila saya perkenalkan kepada keluarga di Kelantan, ramai seakan tidak percaya dengan pilihan suami saya.

“Ketika azan Maghrib berkumandang, semua orang terkejut bila nampak Aarif siap sedia untuk bersolat, sedangkan yang lain masih sibuk bersembang,” ceritanya sambil memberitahu, detik itu menjadi permulaan Aarif diterima baik dalam keluarganya.

Irene menikahi Aarif pada 14 Februari 2014,dan kemudian mengikuti suaminya ke Itali pada bulan Disember tahun yang sama.

Meneruskan ceritanya, Irene berkata, di Itali, beliau kemb4li hanyvt apabila terlibat aktif dalam tarian balet.

“Pada mulanya, ia hanya cuma sekadar suka-suka sahaja kerana Itali memang terkenal dengan tarian balet.

“Bakat yang dimiliki membuatkan saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan. Niat asal hanya untuk mencapai kepua-san diri. Selain di Itali, saya turut sertai pertandingan di Jerman, Switzerland, Sepanyol dan Perancis.

Tidak lama kemudian, Irene ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah studio tarian balet terkemuka di Itali.

“Mula-mula, ramai yang mendaftar untuk kelas berkenaan. Namun entah di mana silapnya, makin lama makin berkurangan bilangan pelajar hingga majikan tidak mampu hendak bayar gaji.

“Bila saya pindah ke studio lain, perkara sama hampir berlaku. Dipendekkan cerita, saya tak sempat pun terima gaji hasil menjadi tenaga pengajar tarian,“ ceritanya.

Segala kejadian yang berlaku membuatkan Irene termenung dan terfikir sejenak.

Dia kembali bermuhasabah diri. Wanita itu merasakan bahawa ALLAH sebenarnya sedang melindunginya daripada terus melakukan perkara yang s1a-sia.

“Sebelum ini, saya pernah berdoa supaya ALLAH menjabhkan saya daripada perbuatan d0sa dan s1ia-sia. Bila saya renungkan balik, seolah-olah saya terhalag menerima gaji hasil daripada unsur syubhah dengan mengajar tarian itu. Saya menan-gis semahu-mahunya kerana saya bersyukur ALLAH sekali lagi menyelamatkan saya daripada terus hanyvt,” katanya.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Irene tekad dengan azam baharu. Bermula tahun 2015, dia terus berhijab penuh dan memakai niqab. Wanita itu juga kembali mendekati agama sedalam-dalamnya.

“Kali ini, saya mendalami ilmu hadis. Suami turut menyokong tindakan saya dan sama-sama belajar. Saya juga tidak keluar rumah untuk mengel-akkan diri daripada terjeb-ak ke ‘tempat lama’,” ceritanya.

Sememangnya percaturan Allah itu amat indah. Irene bersama suaminya, Aarif dan enam anak mereka termasuk hasil perkahwinan terdahulu ‘dibawa balik’ ke Malaysia pada bulan Mac yang lalu ketika Itali t3ruk dilanda w4bak C0vid19.

Peluang itu digunakan Irene dengan menyekolahkan anaknya di salah sebuah sekolah agama di sini.

Pada masa yang sama, Irene dan suami turut berniaga lasagne ‘Pokcik Itali’ di sekitar Pengkalan Chepa, Kelantan dan Gombak, Selangor serta kawasan sekitar sebagai sumber pendapatan mereka.

Ketika ditanya mengapa svkar untuk melihat kembali ‘kisah kegemilangan’ Irene di portal media alam maya,ini jawapan Irene,

“Alhamdulillah, ALLAH tutup a1b saya. Selepas berhijab dan memakai purdah, memang saya hubungi mereka yang pernah berurusan dengan saya. Saya memang nak semua gambar saya dulu dibvang,” katanya.

Ibu kepada enam cahaya mata itu mengakui, berhijrah tidak sesukar mana. Namun, untuk kekal istiqamah, tidak mudah kerana ia memerlukan seseorang mempunyai hati yang benar-benar kuat dan cekal.

Jelas lah sini, daripada seorang model dan penari, ALLAH SWT dengan penuh kasih sayang menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA.

Malah lebih manis lagi, segala aib Irene yang dahulu telah dis0rokkan Allah sekemas-kemasnya.

Biar apa jua uji1an yang mendatang, Irene berdoa semoga ALLAH tetap menguatkan iman dan hatinya dengan agama Islam serta menunaikan kewajipan sebagai hamba-NYA dengan sempurna.

Menurut Pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, pada zaman sekarang, penghijrahan membawa makna yang begitu luas. Ia dijadikan sebagai satu prinsip hidup kerana hijrah bererti menin-gglkan.

“Seseorang itu dikatakan berhijrah jika memenuhi dua syarat ini iaitu sesuatu yang ditingglkan dan sesuatu yang dituju (tujuan),” katanya.

Beliau turut memetik kata-kata Saidina Umar RA sebagai pedoman buat kita. Kata khalifah Islam kedua itu: “Hitung diri kamu sebelum dihitung oleh ALLAH.”

“Ini bermaksud, kita disuruh bertaubat kepada ALLAH dari segi maknawi. Kadangkala orang ingin berhijrah, tetapi hanya mengubah pemikiran tetapi tidak pada pakaian dan cita rasa.

“Masih belum terlambat untuk kita bertaubat selagi nyawa masih belum sampai di kerongkong.

“Itulah yang berlaku kepada bekas model, Amrinee Ghazi yang berubah bukan sahaja dari segi penampilan, tetapi juga tingkah laku, cita rasa dan keyakinannya,” katanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang berhijrah meningg4lkan apa-apa yang dilar-ang oleh ALLAH (daripada melakukannya).” (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie)

Menjawab satu soalan lain, Ustaz Wan Akashah menjelaskan: “Tidak salah apabila seorang isteri memimpin suaminya yang mualaf. Ini kes terpencil dalam kehidupan seorang Muslim.

“Perkara itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang mana ada seorang sahabat ingin berhijrah kerana ingin berkahwin dengan wanita Muslimah sejati. Namun, wanita itu meletakkan syarat supaya berhijrah ke Madinah jika ingin berkahwin dengannya. Maka sahabat tadi pun berhijrah.

“Jelas bahawa tidak salah untuk isteri memimpin suaminya,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: SH plus