Rajihan masih belum ditemui

Pasukan mencari dan menyelamat masih tidak menemui Md Rajihan Junaidi, 28, yang dilaporkan hanyvut bersama-sama kereta, walaupun kenderaannya telah dinaikkan dari kawasan banjir petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, hanya kereta Rajihan yang ditemui dan operasi ditangguhkan.

Operasi yang bermula jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang itu membabitkan 12 anggota dengan menarik keluar kereta menggunakan teknik ‘surface searching’ di kawasan kedalaman parit kira-kira 4.5 meter, iaitu 100 meter dari tempat terakhir kereta itu dilihat.

Katanya, pencarian yang mengunakan peralatan ‘gripping iron’ atau besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta man-gsa.

“Kereta berkenaan berjaya dinaikkan pada jam kira-kira 6.10 petang oleh polis, namun man-gsa tidak ditemui di dalam kereta berkenaan.

“Kereta kemudiannya ditvnda ke Balai Polis Kahang untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Dalam kejadian sebelum ini, Md Rajihan meme-cahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya Khairunnisa Ibrahim, 24, sebelum dia hanyvt bersama kereta ketika meredah lintasan air di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang.

Khairunnisa kemudian berjaya diselamatkan orang ramai namun Rajihan sebaliknya kerana dibawa arus deras.

Pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

Namun ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang kira-kira 5.30 petang,mereka meredah laluan yang dinaiki air yang menyebabkan kereta yang dinaiki tiba-tiba dibawa arus deras ke bahagian kanan jalan menyebabkan man-gsa bertindak meme-cahkan cermin kereta bagi menyelamatkan isterinya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH