Walau sak1t macam kulit terbak4r, Keith Foo tekad buag tatu

“Saya cuma nak jadi clean” – itu penjelasan aktor Keith Foo ketika memberitahu tatu di badannya masih berbaki 80 peratus untuk dibuag secara sepenuhnya.

Kata Keith atau sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia tetap nekad untuk membuag tatu di bahagian badannya walaupun proses membuag tatu sangat menyak1tkan.

“Masih dalam proses untuk buag tatu. Rasa baru buag 10 peratus macam itu. Sa-kit memang sa-kit tapi saya hanya ingin jadi clean (bersih).

“Selain itu, oleh sebab sekarang ini saya ingin kembali aktif dalam bidang lakonan, saya tidak mahu produksi rasa susah dengan saya yang banyak tatu untuk menjayakan sesebuah karakter,” katanya lagi.

Ditanya apa yang boleh digambarkan tentang kesa-kitan membuag tatu, jawab pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Love You Mr. Arrogant itu: “Rasa sak1tnya macam kulit kita terba-kar. Mujur ada teknologi laser.

“Saya nak buag tatu bukan kerana dipaksa mana-mana pihak. Ini memang kehendak saya sendiri. Macam saya cakap tadi, saya tak nak menyusahkan produksi.”

Tahun lalu, Keith mendedahkan hasrat untuk membuang tatu di bahagian badannya namun usahanya itu bukanlah bermakna dia ingin memeluk Islam.

 

 

 

 

 

 

Sumber:KOSMO