“Mana ada MAEPS sesak,60% masih kosong”- NADMA

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Aminuddin Hassim mena-fikan yang Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS Serdang se-sak seperti yang tvlar di s0sial media.

Menurut Aminuddin, sebanyak 5,137 katil masih kosong sekali gus menolak dak-waan bahawa pusat kuarantin itu mengalami kesesa-kan.

Ia sekaligus menunjukkan pusat kuarantin tersebut mempunyai kapasiti kira-kira 60 peratus untuk menempatkan pesakit.

Menurutnya, pada masa ini, PKRC itu mempunyai 8,000 katil namun berkapasiti sebenar 10,000 katil.

“Setakat 12 tengah malam semalam, jumlah pesakit semasa ialah 2,863 orang.

“Daripada 8,000 katil sedia ada jumlah katil yang masih kosong ialah 5,137 buah dan ini bermakna 40 peratus sedang digunakan manakala 60 peratus katil masih kosong,” katanya seperti yang dilap0rkan Kosmo.

 

Pada masa sama, Aminuddin turut men0olak dakw-aan bahawa pusat kuarantin itu sesak dan ‘dibanjiri’ pesakit Covid-19 seperti yang digambarkan dalam satu video tular semalam.

“Gambaran dalam video tular bahawa PKRC sesak itu mengeli-rukan orang ramai. Keadaan dalam video itu hanyalah situasi biasa ketika proses discaj harian,” katanya.

Semalam, tular satu video dan beberapa foto perkongsian netizen menunjukkan situasi semasa PKRC Maeps yang kononnya mengalami kesesa-kan berikutan pertambahan pesakit Covid-19 bergejala ringan dan individu menjalani kuarantin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: K0smo