Syarat Haqiem Rusli buat Sweet Qismina tarik diri dari MV ‘Mimpi’

“Sebenarnya tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku,” demikian kata pelakon Sweet Qismina yang mena-fikan berlaku perseliisihan faham membabitkan dia dengan penyanyi Haqiem Rusli selepas dia men-arik diri daripada membintangi muzik video single terbaharu penyanyi itu yang berjudul ‘Mimpi’.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, dia menghormati pendirian masing-masing dan keputusan men-arik diri itu dibuat dengan cara baik.

“Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat penggambaran muzik video itu namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama ‘Bidadari Salju’, memang saya ambil keputusan undvur diri.

“Saya menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia. Isunya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam ‘Bidadari Salju’ yang mana watak itu tidak memakai tudung.

“Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama itu, netizen akan k3cam macam-macam pula… tahu sahaja la kan netizen ni macam mana,” ujarnya.

Berhubung pendirian dan prinsip yang dipegang oleh Haqiem yang hanya mahukan model wanita bertudung dalam muzik video lagu nyanyiannya, Sweet berkata dia tidak terasa hati.

Malah, kata Sweet, dia turut mempromosikan muzik video tersebut di laman Instagramnya memandangkan ‘Mimpi’ merupakan lagu runut bunyi (OST) ‘Bidadari Salju’ lakonannya.

“Saya memang tiada isu (masa-lah) dengan Haqiem. Kami masing-masing tidak terasa hati antara satu sama lain. Saya hormat kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia juga hormat kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

“Sayang memanglah sayang (tak dapat beraksi dalam muzik video), sebab muzik video ini pasal drama saya berlakon. Tapi lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi p3lik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama itu saya tidak bertudung pula,” jelasnya lagi.

Kenyataan Haqeem yang mahu wanita bertudung itu dilihat seperti penyanyi berusia 23 tahun itu sengaja ‘men0lak’ pembabitan her0in drama ‘Bidadari Salju’ itu daripada membintangi muzik videonya.

‘Bidadari Salju’ yang ditayangkan di slot Akasia TV3, pukul 7 petang, setiap Isnin hingga Jumaat dibintangi Sweet, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin dan Nazrief Nazri. Drama itu diterbitkan oleh rumah produksi milik Datuk A.Aida iaitu A.Aida Production Sdn. Bhd.

 

 

 

 

 

 

Sumber:my4rtis