Zahirah Macwilson selamat bersalin bayi lelaki

Tahniah! Pelakon Zahirah MacWilson membuat perkongsian foto bayi lelakinya di Instagram, yang selamat dilahirkan pada Isnin lalu di Perth, Australia.

Menerusi perkongsian itu, Zahirah menyifatkan kelahiran bayi sulung mereka sebagai hadiah terbaik pernah diterima mereka.

Alhamdulillah, pada 5 Januari lalu bayi lelaki kami selamat dilahirkan jam 2.26 petang (waktu tempatan). Kami terharu melalui saat indah ini bersama sepanjang dalam bilik bersalin menunggu kelahirannya, sebagai pasangan ibu bapa baharu.

“Ia satu perjalanan terbaik yang penuh dirahmati dan kami sangat teruja untuk menerokai setiap pengalaman untuk detik istimewa ini. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu  Zahirah  dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza bera-ngkat ke Australia selepas mereka membuat keputusan mahu menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Australia.

Ditambah, ibu dan adik-beradik Zahirah yang lain menetap di sana dan dia mahu menjalani tempoh berpantang dengan dijaga ahli keluarganya.

Pasangan ini  bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM