“Ainul sangat aktif sejak ‘dapat kaki’ dan boleh off oksigen”- Bapa

Perancangan Allah semuanya rahsia yang tak pernah pun terfikir oleh kita sebagai manusia. Namun itulah kekuasaanNya. Bila DIA berkehendakkan sesuatu perkara, pasti ada hikmah disebaliknya.

Begitu juga dengan kisah perjalanan si comel Ainul Mardhiah yang sangat-sangat istmewa dan sering mendapat perhatian ramai.

Walaupun sudah hampir 2 tahun kisah perjalanannyaa yang berjaya menjalani pembed4han K4nser mulut di London, rakyat Malaysia tetap ingin mengetahui mengenai perkembangan Ainul dari masa ke semasa.

Keadaan Ainul yang dulu

Menerusi perkongsian terbaru bapa Ainul, Encik Ahmad Safiuddin, Ainul kini sudah tidak memerlukan tangki oksigen dan dia sudah bebas untuk bergerak ke mana-mana. Ini maknanya tiub dilehernya itu hanya sebagai persediaan saja jika berlaku kecem4san.

Mungkin juga berkat doa yang tak putvus diterima Ainul membuatkan dia semakin sihat dan sangat-sangat aktif.

Antara catatan bapa Ainul lagi,
Melalui pemerik-saan kesi-hatan yang dilakukan oleh pakar minggu lalu, setelah X-ray dilakukan semuanya dalam keadaan baik dan nampak clear.

“Cuma sekarang ni jururawat nak naikkan berat badan Ainul je. Nampak susut sikit sejak dah dapat kaki,”.

Jika sebelum ni rutin Ainul ke h0sp1tal adalah sebanyak sebulan sekali, sekarang doktor sudah beri 3 bulan sekali untuk si kecil ini membuat pemeri-ksaan berkala.

Sementara itu, melalui perkongsian ibu Ainul pula, Nurul Erwani, dia sangat-sangat bersyukur dengan perkembangan anak sulungnya itu sejak dari lahir hingga sekarang.

Jika di awal kelahiran, hanya air mata sebagai peneman dan doa tak putus buat bidadari kecilnya itu, kini Allah hadirkan satu kurniaan kegembiraan dalam hati ini.

Ainul ketika baru pulang dari London

Terima kasih Ainul sebab selalu jadi penguat mama untuk sentiasa bersyukur hidup di dunia ni. Mama harap Ainul sentiasa ada di depan mata mama di setiap hari-hari yang bakal kita lalui bersama

Mama sedang berusaha untuk pastikan Ainul akan sembuh secara keseluruhan, dapat bebas dari apa-apa bantuan yang Ainul sedang pakai sekarang. Sikit lagi Ainul!

 

Moga Ainul sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik,membesar jadi anak yang solehah.  Insya-Allah.

 

 

 

 

 

Sumber: DiariViral