Ini puncanya satu kampung buat ujian swab

Warga prihatin! Hampir semua penduduk Kampung Chedok, di sini keluar menjalani ujiian calitan Covid-19, hari ini  selepas beberapa k3s positif dicatatkan di kampung berkenaan.

Difahamkan, mereka menjalani ujiian itu petang hari ini yang dilaksanakan petugas Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM).

Penduduk, Noraini Ahmad, 35, berkata, ujian itu disarankan KKM selepas beberapa k3s positif dicatatkan di kampung itu yang berpunca daripada pihak luar.

Katanya, penempatan kampung itu adalah jenis perkampungan asal apabila kebanyakan penduduk mempunyai pertalian rapat dan dikhuatiri mudah mere-bak serta menjadi kontak rapat.

“Apabila KKM buat sarigan dan uj1an calitan secara percuma, penduduk secara sukarela menjalani uj1an untuk memastikan status kesi-hatan masing-masing.

“Daripada sudut positif saya puji usaha KKM dan penduduk kerana bagi kerjasama dan tindakan ini dapat mengelakkan wa-bak terus merebak,” katanya ketika dihubungi.

Noraini yang juga pemilik kedai makan, Pizza Jangok Mek Ani berkata, dia mengambil inisiatif menutup operasi perniagaannya selama dua minggu selepas kampung itu mempunyai k3s positif Covid-19, walaupun angkanya rendah.

Menurutnya, dia turut menjadi man-gsa tvlar apabila dituduh positif Covid-19 hingga terpaksa menutup kedainya, hanya kerana dengan niat tidak mahu pelanggannya terd-edah kepada risik0 jagkitan.

“Saya akan buat uj1an calitan esok kerana tadi orang terlalu ramai dan saya mempunyai empat anak kecil.

 

“Bagi saya, kesedaran penduduk berkenaan Covid-19 semakin meningkat bila mereka beri kerjasama mahu jalani ujian,” katanya.

Peniaga kedai makan, Nuh Mat Isa, 47, dia berkata, dia dan isteri serta anak antara individu terawal disahkan positif Covid-19 pada 5 Januari lalu.

Katanya, dia hanya berada di sekitar kawasan Tanah Merah dan Jeli sahaja sehinggalah semakan mendapati dia dijangkiti individu dari luar yang datang ke kedai makannya.

“Apabila mendapat tahu saya positif, memang menyedihkan bila orang menja-uhkan diri kerana masyarakat masih belum faham sepenuhnya tentang Covid-19.

“Jadi, bila mereka jalani ujian calitan, itu bagus kerana boleh tahu status diri dan jalani kuarantin bagi elakkan lebih ramai berjangkit,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM