“Pentingkan diri, takde t0lak ansur!”-Nabila Huda meng4muk pasal kelas online?

Hari ini bermulalah era pembelajaran norma baru di tahun baru 2021, belajar secara atas talian buat semua pelajar di Malaysia kecuali bagi calon SPM yang perlu hadir ke sekolah untuk belajar secara bersemuka.

Pembelajaran secara online telah pun dipraktikkan sejak tahun lepas lagi, apabila negara dilanda wa-bak covid19.

Bagi pelakon Nabila Huda,beliau meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa membayar yuran penuh persekolahan anaknya, Keisha Laila biarpun hanya belajar secara dalam talian.

Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, berharap pihak sekolah mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah yuran kanak-kanak itu yang berjumlah kira-kira RM18,000 setahun.

“Saya rasa online class tak berjalan (berkesan) untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi. Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bert0lak ansur dengan kurangkan yuran sebab pelajar kena belajar online lagi tahun ini.

“Rupanya tahun ini pun mereka (pihak sekolah) masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung!” demikian kata pelakon terbabit.

Nabila turut berpendapat pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan sejak setahun lalu akibat pan-demik Covid-19 tidak menarik perhatian anaknya untuk belajar yang mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta.

Tambah Nabila lagi, yuran persekolahan perlu dikurangkan memandangkan pelajar tidak hadir secara fizikal di sekolah.

“Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi (hanya untuk) online classes.

“Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai fasiliti cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ini? Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memanglah orang akan cakap tak tahu, belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tiada masa-lah,” ujarnya.

Tambah Nabila lagi, dalam situasi masyarakat berdepan masa-lah ekonomi susulan pan-demik Covid-19, pihak sekolah sewajarnya lebih bertimbang rasa dalam soal yuran yang dikenakan.

“Kenapa nak kena bayar yuran penuh? Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situasi kami macam kami faham situasi anda (sekolah) nak kena bayar gaji cikgu? Ini tidak adil untuk kami (ibu bapa dan penjaga). Tak boleh nak ikutlah cara begini… tiada ke orang boleh bersuara untuk selesaikan masa-lah ini? soalnya.

Justeru itu, Nabila dan suaminya, Mohd Izwan Johar mengambil keputusan untuk mengaplikasikan kaedah home schooling buat anak tunggalnya itu agar tidak keting-galan dalam bidang akademik.

Malah, pelakon filem ‘Munafik’ ini juga turut membuka tawaran jika ada dalam kalangan pengikutnya menawarkan perkhidmatan mengajar di rumah (home schooling).

“Saya beenci home school tapi saya dah tiada pilihan. Jadi saya dan suami dah buat keputusan untuk panggil cikgu untuk ajar Keisha di rumah, untuk semua subjek.

“Ada sesiapa yang tahu cikgu yang mengajar home school tak? Dah mula risau tengok anak tak sekolah dengan proper sejak daripada tahun lepas,” luahnya kesal. 

 

 

 

 

 

 

Sumber: myartis