Penjelasan Emma Maembong bagaimana anaknya terselamat dari dijngkiti Covid19

Semua sedia maklum mengenai pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar telah dis-ahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, anak lelaki pasangan ini Shariq Gabriel,3 bulan tidak dija-ngkiti virvs berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail pada Khamis lalu menerusi laman Instagram miliknya.

Oleh kerana itu, timbul persoalan dikalangan netizen bagaimana anak Emma negatif sedangkan ibu bapanya positif.

“Macam mana Emma dan suami boleh positif lepastu baby pula negatif? Tanya ja kita doa baik-baik,” tulis salah seorang netizen.

Kerana persoalan tersebut, Emma tampil menjawab segala yang bermain di fikiran netizen. Menurut Emma, dia bersyukur kerana anak sulungnya itu berada di bawah perlindungan Allah.

Tambah pelakon itu lagi, dia percaya susu badan membantu kerana ia mengandungi pelbagai vitamin.

“Allah jaga dia sebab tu dia negatif. Alhamdulillah. Tapi salah satunya adalah susu badan ibu. Memang bagus sebab ada macam-macam vitamin untuk bayi.

“Kalau boleh bagi fully breastfeeding, jangan campur-campur. Itu memang bagus untuk b4ayi,” kata Emma yang memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Insta Story pada Isnin lalu.

Walaupun disahkan positif, Emma dan suami melakukan kuara-ntin di rumah sahaja manakala anaknya, Shariq Gabriel dijaga oleh kakaknya.

Semoga cepat sembuh Emma dan Shazli!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:myartis