Tiada manusia yang sempurna. Kerana itu kita sering merasakan ada yang tidak kena dengan diri sendiri.
Begitu juga apa yang pernah dirasai oleh penyanyi, Yunalis Zarai.
Menurut perkongsian Yuna di laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 35 tahun itu memberitahu bahawa dirinya pernah rasa tidak bersyukur dengan bentuk hidungnya.
“Waktu kecil dulu saya selalu piicit hidung sebab ingatkan boleh kecil lepas ada orang dekat sekolah cakap hidung saya terlalu besar!”
Yuna memberitahu bahawa selepas kejadian tersebut, beliau terus bertanyakan kepada ibunya mengapa hidungnya tidak kecil seperti hidung ibunya.
Sebagai seorang ibu, pastinya ibu Yuna cuba untuk mencari jawapan yang paling tepat supaya tidak membuatkan Yuna merasakan dirinya tidak sempurna.
“Mak bagitahu yang hidung saya ni campuran antara hidung ibu dan hidung ayah.”
Mujur Yuna yang ketika itu masih kecil boleh menerima jawapan tersebut dengan hati yang terbuka dan Yuna turut mengakui sehigga kini dia tidak pernah membuat apa-apa perubahan pada dirinya.
Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya di laman Instagram menunjukkan bahawa mereka sangat sukakan keunikan hidung penyanyi itu!
Malah ada juga yang sempat kongsikan kisah mereka yang pernah diejek kerana memiliki hidung besar.
Ingat guys, jangan sesekali kita menghiina bentuk fizikal seseorang itu kerana ia mungkin akan menyebabkan kemvdaratan kepada diri individu tersebut.
Semoga dengan perkongsian Yuna ini dapat memberi semangat kepada kita semua yang merasakan diri ini tidak sempurna.
Sumber: Instagram Yuna via Hotfm