Lepas sebulan discaj h0spital, baru perasan suami selit RM15,000 untuk ‘duit makan’

SUAMI mana yang tak sayang bini kan?

Tapi untuk cerita kali ni, sayangnya lain macam woo! 

Ia berkenaan dengan kisah seorang isteri yang lebih mesra disapa Kak Gee yang begitu bertuah sebaik membuka beg tangannya yang disimpan di dalam stor pakaian di rumah.

“Hari ni saja ambil nak pakai, buka-buka penuh ubat hospital hari tu, kira sampahlah. “Macam malas nak kemas, nak simpan balik. Masa nak simpan tu, buka zip… tu dia, duit!” tulis Kat Gee di laman Faceb0ok miliknya.

Menurut Kak Gee kali terakhir dia meggunakan beg tangan tersebut ketika dia dimasukkan ke h0spital di Kota Damansara, Selangor pada Disember tahun lalu bagi menjalani pembe-dahan batu karag hempedu.

Sepanjang semiggu terlantar di wad, pengambilan makanannya dipantau oleh pihak hospital.

“Bila dah sa-kit dan menjalani pembe-dahan, sudah tentu ada pantang bila nak makan di hospital. Tapi itulah hari-hari makan yang sihat pun jadi tak berapa selera juga.

“Mujur ada suami yang menghabiskan banyak masa menemani saya di hospital, ada juga selera makan sebab ada orang ambil berat bila kita sa-kit,” katanya ketika dihubungi.

Kak Gee berkata, suaminya yang merupakan ahli perniagaan itu hanya akan mening-galkan h0spital sekiranya mempunyai urusan penting dan hal berkaitan anak-anak di rumah.

Memandangkan makanan yang disediakan oleh pihak hospital terhad untuk pesakit sahaja, ibu kepada lima anak itu menjelaskan bahawa suaminya akan menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang keberadaannya di wad.

“Bila suami buat order untuk penghantaran makanan ke hospital, saya pun join sekali. Sekali-sekala nak juga rasa makanan ikut selera sendiri.

“Ada satu masa, suami ingatkan yang dia ada tin-ggalkan duit dalam beg tangan saya kalau saya nak buat order bila-bila teringin.

“Tapi bila dia tiada di w4d, saya pula gunakan peluang untuk berehat dan tidur. Jadi, saya pun ingat-ingat lupa pasal duit yang dia bagi tu,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Menurut usahawan itu, beg tangan tersebut kemudiannya disimpan di stor pakaian sebaik dia dibenarkan discaj dari hospital sehinggalah dia memeriksa stor, baru-baru ini.

“Mula-mula saya tertanya bila pula saya letak duit banyak dalam beg ni. Rupa-rupanya teringat suami ada kata dia tinggalkan duit untuk GrabFood ke Foodpanda masa kat hospital.

“Bila saya periksa, saya terkejut sebab rupa-rupanya duit berkepuk berjumlah RM15,000 suami tin-ggalkan untuk saya.

“Dan duit tu langsung saya tak usik sebab bila suami ada di wad, dia pesan makanan guna duit dia,” katanya.

Kak Gee berkata, dia pernah bertanyakan suami mengenai duit sebanyak itu yang disimpan dalam beg tangannya semasa berada di hospital.

“Bila saya tanya suami, dia tanya saya balik duit apa tu? Biarlah kata suami. Dia betul-betul tak ingat yang dia ada bagi RM15,000 untuk saya order makanan.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya amat bersyukur bila dapat suami yang tak berkira macam ni. Mudah-mudahan murah rezeki suami dan bisnes dia maju.

“Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di h0spital,” ujar Kak Gee mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

Sumber:mstar