Neelofa p3rli kumpulan anti-vaksin?

Wah..pandai melawak juga Neelofa ni ye.
Baru-baru ini, usahawan ini telah membuat satu ciapan yang menggelikan hati tentang gelaran yang diberikan  netizen bahawa keluarganya adalah ‘Kardashian Kelantan’.

Turut serta dengan frasa ‘vaksin taknak percaya’ yang sohor kini sejak pertengahan minggu lalu di Twitter, Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, tidak terkecuali muncul dengan ‘kreativiti’ frasa sendiri.

“Vaksin taknak percaya, Neelofa Kardashian Kelantan percaya pula,” ciap pengasas syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar itu beserta tanda pagar, #siscuba.

Cipan tersebut turut  mendapat maklum balas dari peminat Selebriti ini. Antaranya:-

Terdahulu, adik Neelofa, Athisha Khan turut memberi pendapatnya apabila masyarakat sewenang-wenangnya melabel keluarganya sebagai ‘Kardashian Kelantan’ berikutan beberapa k0ntoversi yang berlaku dalam keluarga selebriti tersebut.

Melalui video blogging yang dimuat naik dalam Y0uTube miliknya baru-baru ini, Athisha, 23, gelaran itu boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan dia tidak mempunya kuasa untuk mengaw-al apa yang ingin diperka-takan ramai.

“Saya tak peduli apa orang cakap kerana kalau saya peduli, saya mungkin hanya akan terla-ntar di atas katil tak berbuat apa-apa satu hari fikir pasal benda yang di luar kawa-lan saya. Orang boleh cakap apa yang mereka nak,” katanya.

Kardashian merupakan keluarga elit di Hollywood yang bergelar jutawan dan mempunyai program realiti sendiri berjudul keeping Up with the Kardashians. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo