Kerajaan akan hantar ustaz untuk bimbig kaum Bajau Laut yang diislamkan Ustaz Ebit

Kerajaan akan menghantar ustaz bertauliah dan berkaliber ke Sabah bagi membimbig komuniti Bajau Laut yang baru mengucap dua kalimah syahadah diajarkan aktivis serta pendak-wah terkenal, Ebit Lew.

Timbalan Menteri di Jab-atan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan memang sentiasa memberi bantuan dan bimbigan setiap kali ada pihak yang baru memeluk Islam.

“Setiap kali adanya orang masuk Islam, kita akan hantar penggerak ataupun petugas dakw-ah untuk kita bimbig, contohnya (untuk) masyarakat Orang Asli.

“Kita ada penggerak iaitu ustaz bertauliah dan berkaliber untuk terus berada dengan kelompok berkenaan (untuk memberikan bimbigan), termasuk juga di Sabah, penduduk Bajau Laut itu.

“Kerajaan akan bantu dari aspek bimbingan keagamaan untuk memahami secara mendalam berhubung Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bant-uan Tabung Musaadah Covid-19 Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di H0spital Tumpat, Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengislaman lebih 150 orang penduduk Bajau Laut di Semporna, Sabah semalam.

Ia diketahui ramai selepas Ustaz popular itu menceritakan pengalamannya di situ.

“Ya Allah men-angis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini.

“Semuanya dengan rela tanpa paks aan memeluk Islam. Mereka tiada kepercayaan agama. Dari suku Bajau Laut Semporna Sabah atau digelar gipsi laut.

“Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut,” katanya di media s0sial. Turut disertakan klip video dia mengucapkan kalimah syahadah dan diikuti penduduk Bajau Laut terbabit.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Minda Rakyat