Keterujaan pandu uji Mercedes undang pa dah

Keterujaan seorang pemuda ketika pandu uji kereta mewah bertukar malag apabila terlibat dalam kemalangan semalam.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Yazeed Hair Johari semalam menunjukkan satu klip video serta beberapa gambar kemalagan membabitkan seorang pemandu dan penumpang yang menaiki kenderaan mewah Mercedes-AMG E43.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa sesi pandu ujii di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan pemandu berkenaan begitu teruja menguji kepantasan kenderaan mewah terbabit sebelum tiba-tiba hilag kawa-lan dipercayai ketika melalui selekoh lalu merem puh sebatang paip air.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi termasuk mengec-am tindakan pemandu berkenaan.

Seorang pengguna dikenali sebagai Hasnul menyifatkan tindakan pemandu itu tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja membaha-yakan nyawa sendiri, malah keselamatan pengguna jalan yang lain.

“Pandu uji apa macam ni, sepatutnya guna ‘track’ yang selamat. Mujur tak terlaggar kenderaan lain,” katanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat 1,500 komen dan lebih 3,000 perkongsian.

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo