Walaupun PKP hanya di empat tempat, rentas negeri masih tidak dibenarkan untuk semua

Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dijadualkan berakhir pada 18 Februari akan diteruskan di empat negeri susulan k3s Covid-19 yang masih tinggi, berkuat kuasa selama dua minggu,iaitu  sehingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Kesela-matan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, emapt negeri negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media, petang Selasa, susulan sidang khas Majlis Kesela-matan Negara (MKN).

Beliau menambah, status negeri-negeri lain yang dilaksanakan PKP sebelum iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dikuatkuasakan kepada PKP Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, beliau berkata, Perlis pula satu-satunyan negeri yang ditukarkan status kepada PKP Pemu lihan (PKPP) berikutan k3s Covid-19 yang rendah di negeri tersebut.

Ismail Sabri berkata, PKP, PKPB dan PKPP dikuat kuasakan bagi tempoh sama bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Beliau bagaimanapun berkata, rentas negeri masih dilarag pada masa ini.

 

 

 

 

 

Sumber:mstar