Pelakon cantik manis Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, baru saja diijabkabulkan dengan Imam Shah juga merupakan seorang pelakon yang berasal dari Singapura.
Berita gembira itu dikongsikan Hannah menerusi laman Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami.
Difahamkan majlis pernikahan tersebut diadakan di tanah kelahiran Hannah, di Singapura.
Sekiranya pembaca masih ingat,Imam Shah,32,pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu bersama aktor Farid Kamil dan Nelydia Senrose.
Kemudian, Imam kembali ke Singapura untuk membintangi siri drama mini Saga bagi musim kedua.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pelakon yang sangat komited dengan kerjayanya.
Seperti yang dilap0rkan dalam portal media K0smo, difahamkan Imam juga merupakan seorang pelakon lagak ng3ri, model dan pemilik sebuah gimnasium di Singapura.
Imam kini sering meghadiri ke pusat sukan bagi menambahkan stamina dan mendapatkan bentuk badan ideal untuk memegang watak seorang f1ghter.
Wow! Boleh tahan orangnya. Pandai Hannah cari suami. Sama cantik sama padan.
Tahniah Hannah dan Imam.
Sumber:IG Imam Shah via Kosmo