Datuk AC Mizal bagi hint bakal muncul di Gerak Khas The Finale

Umum mengetahui, watak Inspekt0r Mazlan sememangnya sinonim dengan pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal menerusi drama berkonsepkan p0lis dan penyias.atan, Gerak Khas.

Datuk AC yang ditemui baru-baru ini mende-dahkan dia berkemugkinan besar bakal membuat kemunculan istimewa menerusi drama yang memasuki musim tera.khir itu.

“Gerak Khas sangat istimewa dan dia ada ‘sentimental value’ di dalam diri saya. Saya buat Gerak Khas lebih kurang dalam masa empat tahun setengah.

“Kemungkinan besar InsyaAllah saya akan muncul kot. Kita nantikan. Kita tengok dulu InsyaAllah,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah walaupun ketika tempoh Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) ekoran penvlaran wa-bak Covid-19 ini.

“Saya syukur alhamdulilah ini rezeki tuhan. Saya dari mula PKP yang pertama sampai sekarang alhamdulilah memang tugas pengacaraan itu sentiasa ada.

“Memang setiap minggu saya shoot talk show seperti program Sembang Duduk Rumah, Pu.nchline DAC dan selepas ini program All Together Now. Saya syukur kerana rezeki saya bagus sangat,” jelasnya lagi.

Sekadar info, selain drama Gerak Khas, AC turut pernah membintangi filem Gerak Khas The Movie 1 dan 2.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH