Fauziah gigih timba ilmu dalam usia emas

Di usia 68 tahun, pelakon veteran Fauziah Nawi berhasrat untuk terus menimba ilmu sebaik menyelesaikan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang pengarahan filem di Kolej Teknologi MEA, Kajang pada Jun ini.

Fauziah yang mesra dengan panggilan Ibu berkata, kali ini dia bercadang untuk mengambil ijazah dalam bidang pengarahan pula.

“Sebelum ini saya dah pernah ambil ijazah sarjana untuk lakonan dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018.

“Memang seronok apabila berjaya menyelesaikan segala ujian untuk terus komited dengan kursus ini. Namun, tak din4fikan mulanya dah rasa tak nak buat kerana ia bukan mudah.

“Tapi saya dapat galakan daripada anak saya, Fateha. Dia pun sertai kursus ini walaupun ada kelulusan ijazah dari luar negara,” katanya.

Menurutnya, Fateha menjelaskan keperluan menyertai program pendidikan sebegini bagus kerana ia adalah pengiktirafan dari kerajaan.

“Dia (Fateha) yang banyak beri tunjuk ajar pada saya dan memang susah kalau tiada yang bantu. Tapi bila fikir anak yang ada kelulusan dari luar negara pun nak buat, takkanlah saya yang tiada apa-apa ini tak mahu pula.

“Baik saya buat kerana sampai bila saya nak berlakon. Bila dapat pengiktirafan, maknanya nama saya ada dalam pendaftaran kerajaan. Ia akan meningkatkan industri seni kita kerana sudah ada data yang tercatat.

“Selama ini, kerajaan mungkin tiada data tertentu kita. Jadi, bila mereka nak yang berkelayakan, maksudnya kita kena ada pengiktifaran menerusi program sebegini. Sekarang sama ada suka atau tidak, kita kena terima hakikat semua orang mesti ada kelulusan,” katanya.

Fauziah berkata tanpa kelulusan atau pengiktirafan dimiliki, pihak kerajaan juga svkar untuk membuat pembayaran sekiranya membabitkan sesuatu projek.

“Walaupun ada pengalaman banyak dan luas berbanding dengan mereka yang ada diploma atau ijazah, ia tetap berbeza jika tiada kelulusan atau pengikt1rafan pendidikan.

“Kerajaan pula akan bayar ikut kemahiran atau kelulusan kita. Namun, kini apabila ada pengiktirafan, saya rasa cukup lega.

“Saya juga amat selesa selepas ini apabila dipanggil untuk terbabit sebagai panel atau perbincangan mengenai pengarahan kerana sudah ada kelayakan dari kerajaan menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),” katanya.

Sementara itu, perkongsian Fauziah berkenaan kejayaannya mendapat pujian ramai pihak termasuk pada kalangan penggiat seni tanah air.

Tahniah Ibu!

 

 

 

 

 

Sumber:HM