Dalam usia 51 tahun, Ziela Jalil sedia h4mil lagi

Penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil, 51, menyatakan yang dia tidak men0lak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat menerusi perkahwinannya dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar, 55.

Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, berkata dia bersikap terbuka dan menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah.

“Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana semua atas kehendak-Nya.

“InsyaAllah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Doakan yang baik-baik,” katanya yang ditemui pada majlis Hi Tea D’Haja di sebuah hotel terkenal, baru-baru ini.

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini pada 17 Februari 2019 pernah menjadi k0ntoversi apabila Ziela merahsi4kannya daripada umum.

Apatah lagi Ziela adalah isteri kedua seperti yang ditvlarkan oleh anak tirinya di hantaran di media s0sial.

Isu ini bagaimanapun akhirnya reda, apabila Ziela memberitahu tindakannya kerana mahu menjaga hati banyak pihak, selain menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd ini mengakui bersyukur kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan harmoni.

“Alhamdulillah selepas 11 tahun, Allah yang mengaturkan. Jadi saya yakin aturan Allah itu sesuatu yang sangat-sangat baik kerana Dia lebih tahu.

“Dan syukur, yang penting adalah keluarga saya kerana anak-anak menerimanya dengan baik. Jadi, kita jalankan kehidupan dengan baik. InsyaAllah.

“Isu kec4man juga sudah tiada, berbanding ketika awal pengumuman dibuat. Allhamdulillah, tiada lagi komen-komen kurang baik,” katanya.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan Ziela dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada 1991, mereka dikurniakan dua anak, Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Selain itu, Ziela juga kini mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

 

 

 

 

Sumber:HM