Selepas Tokti, giliran Tasha Shila sambut ‘bayi Ramadhan’.

Selepas Datuk Siti Nurhaliza selamat melah1rkan seorang bayi lelaki miggu lepas, kini pelakon Tasha Shilla, 34, pula selamat melah1rkan putera sulungnya di sebuah pusat perub4tan terkemuka di ibu negara semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon drama Kamar Kamariah itu dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tasha bagaimanapun tidak berkogsi wajah anaknya dan hanya memuat naik foto yang memaparkan tangan bayi comel itu.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada Ramadan ke-12 semalam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesi-hatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.

Kongsi isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris itu, dia bersyukur dan berterima kasih terhadap semua pihak yang telah memudahkan proses kelah1ran anaknya.

Saya sangat hargai semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini.

“Kepada suami, terima kasih yang tidak terhingga dengan semua semangat, sentiasa membahagiakan dan menjadi suami soleh. Saya cintakan awak,” katanya lagi.

Yang lebih manis, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YM Cik Puan Khaleeda juga turut menzahirkan ucapan tahniah buat Tasha.

Untuk rekod, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendir1kan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: K0smo