
Anak saya belum lihat lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia yang cemerlang kerana masih belum sedar daripada kemalagan dua minggu lalu,” itu kata Mohd Bakri Mohammad, 48, bapa kepada Hana Emyliya Marsyainie, 18.
Hana Emyliya terbabit kemalagan di Kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini pada 31 Mei lalu dan masih tidak lagi mengetahui keputusan cemerlang, 7A 2B yang diperolehnya dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Hana yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) itu masih belum sedar dan ditempatkan di Unit Raw4tan Rapi (ICU) H0spital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menjalani tiga pembe-dahan.
Mohd Bakri berkata Hana sudah menunjukkan sikapnya yang aktif sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan sejak dari sekolah rendah lagi.
“Pastinya dia sangat gembira jika dia tahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM kerana dia mempunyai iltizam yang tinggi untuk berjaya selepas berusaha sepanjang tahun.
“Kami kini berharap semua pihak dapat mendoakan kesembuhan Hana dan hanya menunggu Hana dalam keadaan benar-benar stabil untuk berkogsi berita berkenaan kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Chembong Utama, di sini, hari ini.
Mohd Bakri yang bekerja di sebuah kilang berulang-alik setiap hari ke hospital bersama isteri dan anak sulungnya, Fathi Nazatul Marsyainie yang terpaksa berhenti kerja di sebuah pasar raya untuk menjaga adiknya di HTJ.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku pada jam 7.45 malam yang turut mengorbankan seorang lagi anaknya, Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan, 15, ketika mendapatkan rawa-tan di Hospital Rembau akibat pend4rahan dalam badan.
“Dialah satu-satunya anak lelaki daripada lima anak saya tetapi Allah lebih menyayanginya. Dia meniggal dunia pada malam itu juga ketika sedang diraw-at di Hospital Rembau.
“Walau bagaimana pun saya reda dengan ketentuan Ilahi namun saya berharap agar Hana segera sembuh agar dia dapat menyambung pelajarannya hingga ke peringkat tertinggi,” katanya.
Sumber:HM