“Azhan Rani, kaulah punca orang membawang! ” – Shahrulezad

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohammedin, menganggap tarikh hari ini sebagai satu sejarah dalam hidupnya.

Menurutnya yang turut dikenali dengan panggilan Budak ijat, dia tidak pernah terfikir drama arahannya itu yang ditayangkan di kaca televisyen seluruh Malaysia pada Jun 2018 mampu mencatatkan trending nombor satu dunia dan ia diaggap satu daripada pencapaian terbaik dalam hidupnya.

“Terima kasih pada makcik-makcik bawang kesayangan saya sekalian. Tanpa sokongan kalian sudah tentu drama Nur tak akan berada di tempat itu.

“Cukuplah merasa sekali seumur hidup. Saya tak perlu pert4hankan apa-apa lagi. Lepas ini, kalau drama saya tak melet0p dan sehebat drama ini pun saya dah syukur sangat sebab sudah pernah merasa orang kata.

“M4ti pun kubur tak berasap,haha,” selorohnya lagi.

Shahrulezad berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagramnya sempena tarikh signifikan tayangan perdana drama Nur empat tahun lalu pada hari ini.

Selain itu, Shahrulezad dalam perkongsian yang sama turut berterima kasih kepada pelakon Azhan Rani kerana wataknya sebagai penuggag agama dalam drama ini adalah punca drama ini mendapat perhatian dan popular.

“Terima kasih Azhan Rani yang menjadi punca kebenc1an dan bahan orang membawang. Kaulah puncanya!

“Untuk barisan pelakon lain, tentulah Azhan tak akan jadi hebat tanpa sokogan dari anda semua yang lagi hebat! Rindu dengan semua pelakon drama ini. Sebuah keluarga yang hebat. Rindu anda semua,”katanya.

Terdahulu, menerusi informasi yang dikogsikan oleh Shahrulezad, berdasarkan sumber Nielson 2018, drama Nur telah mencatat jumlah tontonan 11 juta selama 19 episod tayangan.

Drama tersebut juga mengungguli slot 10 malam di seluruh Malaysia selain menguasai media s0sial dengan menjadi trending nombor satu di seluruh negara dan dunia selain menerima lebih daripada 500,000 tontonan dalam masa sebulan.

Selain Azhan Rani, pelakon utama dalam drama bersiri popular ini ialah Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Norkhiriah, Dato’ Jalaluddin Hasan serta Fatimah Abu Bakar.

 

 

 

Sumber:UM