ULANG tahun kelahiran pada tahun ini pastinya paling diingati buat Datuk Yusry Abdul Halim apabila isterinya ,iaitu Datin Lisa Surihani selamat melah1rkan bayi lelaki mereka pukul 2.30 pagi, Selasa.
Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melah1rkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry.
Ahli kumpulan KRU itu mengumvmkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.
Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan Lisa sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan netizen dan rakan media.
Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk mer4hsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan keham1lan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.
Sumber:mstar