BMKG sahkan matahari terbit dari utara di Sulawesi Selatan

Tvlar di media s0sial satu video yang menunjukkan matahari terbit dari utara di daerah Jeneponto di Sulawesi Selatan.

Seperi yang diberitahu oleh Jurucakap Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) wilayah IV Makassar, Agusmin H, kejadian itu memang benar berlaku dan ia terjadi pada setiap tahun.

Jelasnya lagi,fenomena matahari terbit dari utara disebut sebagai GSM.

“Apabila fenomena itu berlaku,kedudukan bumi condong sekitar 23 darjah. Putaran bumi di sekitar matahari yang tidak tegak itu menjadikan hemisfere utara menerima banyak cahaya matahari dan sebaliknya di hemisfera selatan.

“Kejadian itu berlaku akibat perubahan cuaca iaitu cuaca sejuk dan panas,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Agusmin menjelaskan, kedudukan Jeneponto berada pada garis lintang di selatan Khatulistiwa.

Ia menyebabkan pada beberapa bulan tertentu seperti Mac hingga September, kedudukan matahari seolah-olah terletak di utara dan puncaknya berlaku pada Jun dan Julai.

Pada September hingga Mac, kedudukan matahari seolah bergerak ke selatan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan