“Di dunia kita boleh berlakon”- Firdaus Wong nasihati Caprice

Di kala ramai yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap penyayi dan selebriti media s0sial, Caprice,  pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung dilihat antara individu terpencil yang memberi sokongannya terhadap penyanyi rap, Caprice selepas kenyataannya yang tidak berpuas hati dengan seorang lagi pendakwah bebas , Ustaz Ebit Lew mengenai misi kemanusiaan di G4za.

Menerusi Facebo0k miliknya semalam, Firdaus menyatakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli seorang yang kuat dan tabah untuk menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

Beliau turut menasihati Caprice bahawa sesiapa sahaja boleh berlakon di dunia ini.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperd4yakan manusia akan menjadi penyesalan,” tulisnya .

Firdaus turut memvatnaik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mend4kwa mahu memb0ngkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di G4za, Pal3stin yang dilaksanakan oleh figura kesayangan ramai itu, baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mended4hkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusiaan itu.

 

 

Sumber: MG