Kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz dalam sukan Olimpik Tokyo 2020, kelmarin menjadi bualan ramai apabila beliau muncul sebagai atlet pertama negara di negara itu yang memenangi pingat emas pada temasya sukan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kisah Diaz yang terkandas di Malaysia sejak lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) sehingga terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan juga, menarik perhatian dunia.
Menceritakan hal itu, pemilik rumah berkenaan yang juga merupakan keluarga agkat Diaz, Ahmad Janius Abdullah merangkap Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berkata, dia mula mengenali Diaz sejak tahun 2011 dalam pertandingan angkat berat.
Persahabatan erat yang terjalin membuatkan atlet wanita berusia 30 tahun itu meyuarakan hasrat ingin mengubah angin berlatih di Malaysia sebagai persiapan untuk kelayakan Olimpik di Colombia pada Mac 2020 lalu.
Bagaimanapun, kejohanan itu dib-atalkan menyebabkan Diaz bersama dua jurulatihnya terkandas di ibu negara ek0ran PKP namun mereka tetap meneruskan latihan di kondominium di Bukit Jalil sebelum menumpang pula di Pusat Latihan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
Atas beberapa faktor yang menyebabkan latihan mereka sering terganggu, Ahmad Janius kemudian mengambil keputusan membawa mereka ke rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua sebelum memulakan latihan di garaj berkenaan.
“Kita kenal lama. Saya kenal dia pada 2011. Bila ada pertandingan baru berjumpa. Bila berjumpa, dia nak pergi kelayakan Olimpik di Columbia pada bulan Mac tahun lepas, jadi dia saja tukar angin nak berlatih di Kuala Lumpur sebelum terbang ke sana.
“Tapi, kejohanan tu tak jadi, dan dia pun tak jadi terbang dan terkandas dekat Kuala Lumpur. Lama-lama kita santuni dia sebagai tetamu dan atlet, dan kita tunjukkan bahawa di Malaysia ni, kita boleh jaga dia walau dia jauh dari keluarga,” ujar Ahmad Janius.
Menurut Ahmad, demi keselesaan Diaz, dia melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum Diaz memasuki rumah pusaka itu kerana ia dipenuhi belukar sebelum ini.
Ujarnya, atlet itu amat mementingkan kesempurnaan terutamanya tentang fasiliti latihan selain tidak ‘kedekut ilmu’ membantu melatih atlet-atlet pelapis yang turut membuat latihan di lokasi sama.
Tambahnya, meskipun pada awalnya Diaz kekok untuk membiasakan diri dengan suasana kampung itu, namun lama-kelamaan dia bukan sahaja mengakui selesa, malah jatuh cinta dengan suasana Melaka termasuk masakan popular, asam pedas.
Ujar Ahmad Janius, atlet wanita itu sangat komited dan berdisiplin sepanjang menjalani latihan malah mempunyai peribadi sangat baik apabila tidak lupa menghubunginya sebelum memulakan kejohanan serta selepas dinobatkan sebagai juara.
Dalam pada itu, dia turut berharap kisah atlet Filipina ini yang memanfaatkan waktu latihan di Melaka sehingga memenangi temasya sukan dunia itu membuka mata banyak pihak termasuk kerajaan dalam bidang sukan itu.
“Saya harapkan kerajaan memberi tumpuan dalam pembangunan sukan angkat berat ni sebab ia sukan individu. Sebenarnya kita kena faham, angkat berat ni orang takut.
Dari segi mindset, orang kata siapa main angkat berat dia akan jadi pendek, sebenarnya itu s5lah.
“Kena tukar mindset itu sama ada ilmu itu betul atau tak betul. Masyarakat kena terima sukan angkat berat ni boleh menghasilkan pingat (untuk negara). Sebenarnya boleh!” katanya.
Sumber:Awani