Guna nama “Gerak Khas” untuk gerai,’Detektif Lingam’ sudah dapat izin Dato Yusof Haslam

Dalam usia 55 tahun, ia bukan halangan buat pelakon berbadan tegap Deen Maidin untuk terus melakukan pelbagai aktiviti demi kelangsungan hidup.

Selain berlakon, Deen atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang sinonim dengan watak ‘Detektif Lingam’ dalam drama bersiri kep0lisian Gerak Khas kini giat berniaga di Medan Selera Taman KOSAS, Ampang.

Beroperasi sejak 19 September tahun lalu, gerai makan yang diberi nama Dapur Gerak Khas menyediakan pelbagai menu menarik antaranya Yong tau Foo , Set asam pedas, ikan bakar, daging kambing bakar dan banyak lagi.

“Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki. Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai. Ketika Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar.

“Alhamdulillah, sambutan memang h4ngat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.

Deen yang bekerja sebagai penyelenggara bangunan di syarikat milik sepupunya berkata, perniagaan bukanlah asing buatnya.

“Sebenarnya dunia perniagaan bukan bidang baharu bagi saya, sebelum bekerja dalam industri filem, saya berniaga yong tau foo dengan bapa di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak dan Kajang. Di Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak iaitu Umar Farouq, 30, Umeir Fazeel, 25, dan Umairah Fairuz, 20.

“Umar kerja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir belajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia berniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar secara dalam talian. Manakala Umairah Fairuz, belajar kulinari dan dia masak kuih dan sebagainya,” katanya.

Ketika ditanya penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen yang berkahwin dengan Haslina Laili dan kini mempunyai seorang cucu, Luthfia Nur Medina berkata, dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam.

“Saya selalu berinteraksi dengan Yusof dan dia cuma pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas besar namanya. Saya buat lemang pun saya bagi dia rasa terlebih dahulu. Bila dia kata sedap, barulah saya jual.

Saya kena sentiasa jaga kualiti kerana sekarang orang boleh tvlarkan nama kita pada bila-bila masa,” katanya.

Walaupun sibuk berniaga, Deen tetap akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada kerana lakonan sudah sebati dengan jiwanya. Bagi Deen, beliau mampu melakonkan apa saja watak, termasuk antag0nis.

Menjelaskan dirinya  tidak terikat dengan Skop Production, Deen bebas bekerja dengan siapa saja, jika jadualnya tidak bertindih.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Malaysia times