Dapat hadiah kahwin dari Istana Negara, peminat bandingkan Remy Ishak dengan Neelofa

Rasanya belum pernah lagi mana-mana artis Malaysia menerima hadiah perkahwinan dari Istana Negara kecuali pelakon Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof.

Mungkin kerana itulah keterujaan berlegar di kalangan netizen untuk mengetahui apakah kandungan dalam kotak berwarna kuning kiriman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.

“Untungnya dapat hadiah dari Agong. Bukalah nak tengok dapat apa please,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen video yang dimvat naik Remy dalam Instagramnya semalam.

Ada pula yang membuat andaian Remy dan isteri sebenarnya bukan golongan kebiasaan sehingga melayakkan mereka menerima hadiah istimewa dari kerabat diraja.

“Bukan bishe-bishe (biasa-biasa) ini. Kerabat diraja,” coret seorang peminat.

“Wah dapat hadiah daripada Agong. Bukan ‘kaleng-kaleng’ (bukan biasa-biasa). Tahniah kepada kalian berdua,” tulis seorang netizen lain.

Selain itu ada juga peminat yang membuat perbandingan antara Remy dengan Neelofa kerana Neelofa sendiri tidak menerima sebarang kiriman istimewa dari Istana Negara ketika hari perkahwinannya.

“OMG (Oh, Tuhanku) , Neelofa pun tak dapat (hadiah perkahwinan) begini,” tulis seorang peminat ringkas.

Dalam pada itu, ramai yang memberi andaian barangkali, Tuanku Permaisuri merupakan peminat lakonan Remy Ishak yang mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya.

“Mesti Tuanku peminat Remy Ishak ni,” tulis seorang netizen seraya menyertakan emoji wajah tersenyum dengan mata berbentuk hati.

Sehingga kini, baik Remy mahupun isteri masih belum berk0ngsi kandungan kiriman istimewa tersebut yang menjadi cakap-cakap dalam kalangan orang ramai.

Pasangan tersebut selamat dinikahkan Sabtu lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pernikahan diadakan dengan ringkas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo