Lan Pet Pet dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas peguam

Bukan lakonan.Dalam diam-diam pelawak popular, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet hari ini memulakan tugas pertamanya selaku pegawai tugas-tugas khas kepada peguam terkemuka, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim selepas tujuh bulan mendalami ilmu perundangan.

Menurut Mazlan, dia mula meminati bidang perundangan setelah menonton filem-filem Hollywood dan Bollywood terutamanya berkaitan hujah-hujah peguam di mahkamah.

Artis berusia 52 tahun itu bagaimanapun berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan cuba membahagikan masa untuk terus terlibat dengan dunia penggambaran selepas ini.

“Tempoh tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu, saya menjalani latihan di Firma Guaman AHC milik Aswandi dan saya mula belajar mengenai perkara-perkara asas termasuk etika bercakap dengan orang awam, berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah.

“Orang mungkin kata saya remp4ng (gila-gila) apabila melihat saya. Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, insya-Allah saya boleh lakukan,” katanya.

Lan Pet Pet ditemui pemberita ketika mengiringi Aswandi mengendalikan salah satu kes anak guamannya di M4hkamah Majistret Alor Setar di sini hari ini.

Sementara itu, Aswandi berkata, latar belakang Mazlan yang lebih dikenali sebagai seorang pelawak sebelum ini bukanlah penghalang buatnya untuk mendalami sedikit sebanyak ilmu-ilmu perundangan.

“Kami sebenarnya sudah lama kenal iaitu sejak kecil lagi ketika tinggal di Taman PKNK di sinj sebelum terpisah selama kira-kira 25 tahun.

“Apabila kami bertemu semula tahun lalu, Mazlan menyatakan hasratnya untuk mendalami ilmu perundangan dan memberitahu itu sememangnya menjadi impiannya sejak sekian lama.

“Maka saya bawa dia menjalani latihan di firma guaman kami. Selepas tujuh bulan, saya boleh katakan dia ‘lulus’ dan kami memberikannya kontrak setahun untuk terus bersama firma guaman ini,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber:HM