Tidak perlu tempahan untuk tunai solat harian di masjid mulai 1 September

Berita baik buat semua Muslim warga Singapura. Mediacorp dalam satu hantaran nya melaporkan bermula dari 1 September, jemaah tidak lagi perlu lagi membuat tempahan untuk menunaikan solat harian secara berjemaah di masjid.

Dan ini termaktub buat semua masjid di seluruh negara republik itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Ugama Singapura (MUIS) dalam catatan Facebook pada Sabtu (28 Ogos).

MUIS menetapkan semua jemaah boleh langsung masuk ke masjid untuk menunaikan solat harian bagaimanapun perlu tetap mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti memastikan jarak s0sial, memakai pelitup muka dan membawa barangan beribadah sendiri seperti sejadah dan telekung.

MUIS turut merakam penghargaan kepada para jemaah atas kerjasama dan kepatuhan mereka terhadap langkah-langkah pengurusan selamat. 

 

 

 

 

Sumber:Mediac0rp