Haji Sulaiman imbas saat ditawar BNM abadikan tulisan khatnya pada wang kertas Malaysia

Samada anda perasan atau tidak, di setiap wang kertas ringgit Malaysia ada tertulis perkataan ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ dalam tulisan Jawi.

Walaupun tulisan khat itu kecil saja, tetapi ia memberi erti yang cukup bermakna kepada penulis khat tersebut iaitu Haji Sulaiman Awang.

Menurut Haji Sulaiman, sekitar tahun 1997, beliau pada awalnya  didatangi seorang lelaki , Haji Muhamad pada yang memintanya menulis perkataan Bank Negara dalam tulisan Jawi di atas sekeping kertas.tulisan

Rupa-rupanya tulisan itu dihantar oleh Haji Muhamad  ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk penilaian, dan tidak lama selepas itu Haji Sulaiman  dimaklumkan  bahawa pihak BNM  menerima tulisan khat nya untuk diabadikan pada wang kertas negara.

Ujar Haji Sulaiman lagi, ketika mendapat perkhabaran  tersebut, perasaannya bercampur-baur antara tidak percaya dan gembira apabila melihat tulisannya diabadikan pada wang kertas Malaysia dari nilai RM2 hingga RM1,000.

“Saya tulis sekali saja dan tulisan saya terus diterima. Sudah tentu saya gembira dan rasa amat dihargai,” luah Haji Sulaiman.

Sebagai penghargaan, katanya, beliau menerima koleksi istimewa wang bercantum not RM2 dan RM10 dari BNM

Sehingga kini, Haji Sulaiman tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya dan beliau masih mendapat permintaan menulis khat.

Antaranya, papan tanda dan kepala surat Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa menggunakan hasil khat tulisan Haji Sulaiman. 

Baru-baru ini pengacara selebriti Ahmad Fedtri Yahya menerusi faceb0oknya turut berkongsi gambar bersama Haji Sulaiman. 

Memori. Inilah orangnya…  khat pada duit kita tu, Hj Sulaiman Awang yang tulis 🙂 CNN pun cari dia nak interview 😊“, tulis Fitri, ringkas. 

Bakat Haji Sulaiman ini turut diwarisi anaknya yang juga dramatis terkenal, Intan Azura sehingga memenangi pertandingan khat ketika di sekolah, namun sayangnya ia tidak dikembangkan.

Semoga selepas ini lebih ramai anak muda berminat untuk mendalami tulisan seni khat agar ia kekal sebagai warisan berzaman. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: SinarH4rian via Keluarga