Erra tunggu ‘lampu hijau’ dari Engku Emran

Walaupun telah lama berpis4h,pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, tetap tidak mengenepikan bek4s suami mengenai sebarang kebajikan dan keputusan mengenai anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 11.

Buktinya, mengenai kerjaya seni termasuklah berlakon iklan yang ditawarkan kepada Engku Aleesya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata dia kena terlebih dulu berbincang dengan bekas suami bagi mendapatkan kata sepakat seterusnya ‘lampu hijau’ sebagai kebenaran.

“Permintaan tawaran untuk Aleesya beraksi di hadapan kamera memang ada saja diterima. Ada yang berminat nak dia muncul buat iklan. Tapi, saya tak boleh buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dan mendapat ‘lampu hijau’ daripada bapanya.

“Sekarang, selagi Aleesya belum boleh buat keputusan sendiri, saya tidak akan membawa dia ke depan lagi. Biarlah dia yang menentukan apa minat dan kesukaannya, manakala saya akan menyokong saja,” katanya lagi seperti yang dipetik dalam Harian Metro.

Ujar ‘primadona’ filem Melayu ini, dia tidak akan menye-kat apa saja kerjaya diminati anak perempuan kesayangannya itu pada masa akan datang, meskipun Aleesya bakal mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni suatu hari nanti.

“Sebagai ibu moden yang berkerjaya, saya sejujurnya lebih selesa menyokong segala minat anak dan tidak meletakkan kerjaya tertentu untuk dipilihnya. Bagi saya, dia berhak buat keputusan mengikut apa minat dan kesukaannya.

“Untuk Aleesya, saya akan sokong semua yang dia minat dan tidak akan mengawalnya. Begitu juga jika dia berminat menceburi kerjaya seni suatu hari nanti, saya tidak akan menghalag tetapi memantau saja.

“Apapun setiap keputusan membabitkan Aleesya sekarang, saya dan bapanya kena berbincang dan mendapat kata sepakat. Sekiranya pihak sana (bekas suami) okey dan beri ‘lampu hijau, saya tiada masa-lah,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM