Kec0h di media S0sial baru-baru ini tentang satu satu video TikTok yang mengulas air zamzam tidak lagi dibenarkan untuk dibawa pulang oleh para jemaah.
Tidak men4fikan apa yang berlaku itu sememangnya benar, bagaimanapun menurut Pengarah dan Penasihat Undag-undag Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd,Ida Riswana Idris, lara-ngan tersebut hanya sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.
Ida berkata, maklumat itu diperoleh daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.
“Bagaimanapun, tiada halagan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap laragan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya seperti yang dipetik berkata.
Bangunan baru Terminal 1 KAIA dengan keluasan 810,000 meter persegi dibuka untuk beberapa penerbangan domestik pada 2019. Ia dikatakan bangunan terminal yang terbesar di dunia.
Pada 18 Oktober lalu, pihak berku-asa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan oper-asi lapangan-lapangan terbang di negara itu berada pada kapasiti penuh.
Ida Riswana juga memaklumkan, pihaknya sudah bersedia menguruskan kira-kira 150 jemaah umrah sepanjang Oktober ini.
Katanya, walaupun ada kira-kira 11,000 jemaah umrah dalam senarai menunggu, pihaknya perlu menyusun semula jadual berikutan banyak syarikat penerbangan menjadual semula perjalanan ke Jeddah dan Madinah
“Penerbangan kami yang seterusnya adalah pada 30 Oktober ini yang akan dipimpin oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah bersama 100 jemaah,” katanya.
Ida Riswana berkata, para jemaah kini juga boleh memohon melakukan umrah kedua dalam tempoh 24 jam selepas umrah pertama.Ia berikutan kerajaan Arab Saudi sudah pun mem4nsuhkan peraturan tempoh menunggu 15 hari untuk menempah umrah yang berikutnya, baru-baru ini.
“Bagi jemaah yang datang dengan agensi umrah, permohonan itu akan diuruskan oleh agensi berkenaan,” tambahnya.
Sumber:UM