Positif Covid19, Cik B pohon doa orang ramai

PELAKON dan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama gelarannya Cik B memaklumkan dirinya positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya malam tadi.

Namun menurut Cik B keadaannya tidak serius kecuali hil4ng deria bau setakat ini.

“Guess what? Cik B terkena jagkitan COVID-19, tapi tak apa, tiada yang serius.

“Cuma Cik B tak boleh bau, rasa masih boleh, Cik B kena baru lagi, sekarang sedang kuarantin dalam bilik Cik B,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Cik B turut meminta orang ramai untuk mendoakan kese.mbuhan buatnya.

“Cik B nak korang tolong doakan untuk Cik B, terima kasih, stay safe semua di luar sana, love you bye,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Cik B dan rakan industri memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia sembuh segera.

 

 

Sumber: Awani