Tidak selamat, jalan ke Cameron Highlands ditutup terus buat sementara

Susulan kejadian tanah runtvh yang berlaku di Kilometer 27.10 sebentar tadi,Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, laluan tersebut tidak sela.mat untuk dilalui dan masih dikaw.al ket4t oleh pihak konsesi.

Menurut beliau, hakisan berlaku ekoran hujan yang berterusan, lalu menyebabkan runt.uhan tanah.

Pemantauan dari semasa ke semasa sedang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dan pihak konsesi jalan Persekutuan.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.44 petang itu, dua kenderaan dipercayai terti.mbus melibatkan sebuah lori kecil dan sebuah kereta.

 

 

 

 

Sumber: HarianMetro