Cara tersendiri Fazura menghargai pembeli tudungnya buat ramai teruja

Dijual dengan harga serendah RM27 sehelai, Kosmo! Online sebelum ini pernah melap0rkan tudung keluaran pelakon popular Fazura pernah terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Bukan itu sahaja, difahamkan dalam tempoh berkenaan, jualan jenama yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna itu mencecah RM2.16 juta.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pembeli dan peyokong jenamanya,
Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38,telah membuat kej.utan dengan mengajak seorang pemakai tudung jenamanya merakamkan foto selfie bersama.

Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai itu melakukan ‘terj.ahan’ secara rawak terhadap seorang peminatnya menjadi tular dalam aplikasi berkenaan.

“Faz selalu kalau nampak orang pakai tudung Faz, selalunya akan buat terjahan tapi tak tahulah dia kenal Fazura ke tidak.

“Assalamualaikum, ambil gambar sama-sama boleh? Terima kasih pakai tudung saya,” ucap ibu kepada Nur Fatima Aisya itu dalam satu video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, @fazurafave.

Dalam pada itu, individu di sebalik akaun tersebut menulis: “Hati-hati bila pakai tudung Fazura! Kena tengok kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba.. Faz sendiri yang ajak selfie kan.”

Tidak terhenti hanya di TikTok, video berkenaan turut dibawa ke Twitter selepas ditonton hampir sejuta kali dalam aplikasi tersebut.

“Thank you pakai tudung saya (ucapan Nur Fazura dalam video). The level of appreciation,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter berjantina lelaki memuat naik satu ciapan menggeletek hati berbunyi: “Esok aku beli dan pakai, kemudian jalan-jalan di sana dengan harapan dapat selfie dengan Fazura.”

Nota:Selalunya, peminat yang teruja untuk merakamkan gambar bersama selebriti kesayangan mereka, tapi kali ni terbalik pula.Makin jatuh hati dengan Faz!

Sumber:K0smo