Aliff Aziz terhutang budi kepada Jamiyah Singapura,”Masa keadaan sangat bvruk bagi saya ketika itu, mereka beri saya peluang”

Pemenang Gegar Vaganza 8, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkata kemenangan dan kemahsyuran yang diterimanya itu kini menjadi suatu “tanggungjawab besar” untuk dia menyebarkan seberapa banyak kebaikan yang boleh melalui media.

Seperti yang dilaporkan oleh BERITAmediac0rp, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut berharap kejayaan menjulang GV8 itu akan “memberi cahaya baru kepada kerjaya, kehidupan” dan juga kepada keluarganya.

Membawa pulang wang kemenangan bernilai RM100,000, agenda utama penyanyi berusia 30 tahun itu sekarang ialah mahu berangkat mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama keluarganya.

Kali pertama menunaikan umrah, Aliff dijagka bakal ke Tanah Suci pada 9 Februari nanti .

Umum megetahui bahawa kemenangan di Gegar Vaganza cukup bermakna bagi Aliff kerana beberapa tahun lalu penyanyi berbakat ink melalui beberapa k0ntroversi yang menc4lar reputasinya.

Namun penyanyi tinggi lampai ini sentiasa optimis bahawa selagi hayat di kandung badan, masih belum terlew4t sesorang itu untuk merubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

“Bila anda jatuh ke tempat paling bawah, anda tiada tempat lain kecuali naik atas, Insya Allah. Dan Aliff sebenarnya tidak sangka macam-macam pintu yang Allah sudah buka untuk Aliff,” ujarnya penuh yakin.

Menurut Aliff lagi, dia berharap kejayaannya itu akan dapat memberi inspirasi kepada belia di luar sana terutama yang pernah j4tuh dalam kehidupan.

“Sebenarnya dalam setiap kesenangan ada uj1an, dalam kesusahan ada uj1an, dalam kesihatan ada ujian, dalam diri tidak sihat ada uj1an juga. Pendek kata, kehidupan ini penuh dengan uj1an,” tambah Aliff.

Ulas suami kepada Bella Astillah ini, amat penting seseorang itu dikelilingi dengan insan-insan yang positif serta menjaga silaturahim bersama keluarga. Ini menurut Aliff amat berharga kerana ahli keluarga merupakan insan-insan yang akan setia bersama dalam apa jua keadaan .

Pernah bekerja di Persatuan Jamiyah Singapura selama sekitar setahun pada 2020,Aliff turut melu-ahkan rasa terima kasihnya kepada bekas majikannya itu, termasuk Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, yang membantu dan memberinya peluang saat dia “j4tuh terduduk” dahulu.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dr Hasbi dan Encik Jaafar, Encik Shariff, Encik Halim.

Mereka semua bos saya semasa saya bekerja dengan Jamiyah selama sekitar setahun. Mereka membantu saya banyak dalam mempersi4p saya untuk kembali ke jalan yang saya mahu tujui.

“Semasa keadaan sangat bvruk bagi saya ketika itu, mereka membuka pintu dan memberi saya peluang untuk bekerjasama dalam kerja-kerja amal dan juga membantu masyarakat.

“Jadi saya sangat-sangat gembira dan sentiasa berterima kasih kepada setiap daripada mereka dan semua yang terlibat dalam Jamiyah Singapura,” ucap Aliff.

Walaupun sudah tidak lagi bekerja dengan Jamiyah kerana kembali kepada anak dan isterinya di Malaysia,namun menurut Aliff dia akan sentiasa bersedia untuk membantu Jamiyah dalam apa jua cara.

“Sekarang saya mahu mereka tahu bahawa apa-apa pun yang mereka mungkin perlukan daripada saya pada masa depan, saya sentiasa sedia. Insya Allah.”

Semoga Aliff Aziz terus istiqamah dalam penghijrahannya dan semakin sukses dalam kerjaya seninya. Welcome back Aliff! 

 

 

Sumber : BERITAmediacorp