“Terima kasih Allah untuk rezeki ini walaupun sekejap saja dapat duduk”- Safiey Ilias

Membuat keputusan untuk menjual rumah tiga tingkat yang didiaminya sejak enam tahun lalu, usahawan kontr0versi, Safiey Ilias men4fikan dia mufl1s sehingga terpaksa menjual rumah tersebut yang terletak di Sunway Montana.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, dia reda dengan keputusan itu malah sudah menyerahkan urusan jualan rumah itu kepada ejen dilantik.

Difahamkan ejen terbabit turut bertindak bagi pr0ses menjual semua barangan di dalam rumah usahawan itu.

“Ikut pasaran semasa saya difahamkan harga rumah ini mencecah RM2.1 juta. Saya sudah melantik beberapa ejen hartanah bagi urusan jual beli.

“Saya juga sedang aktif menjual semua barangan rumah yang ada kerana rumah ini perlu dik0songkan segera.

Doakan semoga saya kuat dan tabah dalam mene-mpuh kehidupan selepas ini. Banyak betul dug4n saya sejak beberapa tahun ini,” katanya.

“Biarlah apa orang nak cakap. Masa inilah orang nak gelak dan ketawa sepuas hati.

Sebenarnya dulu lagi saya pernah cakap nak jual rumah ini. Jadi, semalam saya sudah buat keputusan untuk jual.

“Bukan sebab saya muf.lis atau apa, tapi saya perlu mulakan sesuatu yang baharu selepas ini.

Terima kasih Allah SWT atas rezeki ini sehingga saya mampu membeli rumah ini dulu. Walaupun sekejap saja dapat duduk,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:HM