Memiliki zuriat sendiri adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga.
Diijabkabulkan dengan Nur Juliana Abdul Rani, 38, pada 20 September 2019 yang lalu, vokalis kumpulan Slam, Zamani reda dengan ketentuan Ilahi yang dia dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sungguhpun begitu, penyanyi berusia 50 tahun itu mengharapkan doa peminat agar dirinya dan isteri berpeluang menimang cahaya mata suatu masa nanti.
“Saya masih mencuba, tetapi buat masa ini, masih belum ada rezeki lagi.
“Saya berkahwin pada usia yang agak lambat, jadi, apapun doakan saya mendapat baby ‘junior’ suatu hari nanti,” katanya seperti dipetik BH Online.
Zamani memilih Juliana yang juga pembantu peribadinya selepas 14 tahun berkenalan.
Pasangan itu disatukan pada dalam satu acara tertutup yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pada majlis berkenaan, Zamani tidak mengundang pihak media sebagai menghormati permintaan keluarga.
Mengenai perjalanan kerjayanya, Zamani bakal menjayakan “A Night To Remember” bersama Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 26 Mac depan.
Berkongsi mengenai acara A Night To Remember, Zamani mengakui teruja kerana sudah hampir dua tahun tidak mengadakan persembahan secara terbuka.
Namun, pada masa sama, Zamani berkata, dia bimbag dengan angka jgkitan COVID-19 yang semakin menigkat.
Katanya, dia bakal menyanyikan enam lagu dan memilik koleksi lagu yang jarang dinyanyikan sebelum ini.
“Selepas dua tahun tidak dapat menjayakan persembahan, semestinya saya sangat teruja.
Lebih lagi, dua konsert yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat termasuk Konsert Slam Mentari Muncul Lagi pada Sabtu ini.
“Saya berharap segala-gala perancangan akan berjalan dengan lancar dan angka jagkitan COVID-19 yang meningkat tidak akan menjej4skan persembahan kami,” katanya.
Sumber:BH online