“Yasin tiada rekod negatif, seorang yang banyak memberi inspirasi”- Peguam

“Bagi saya, dia tiada rekod negatif dan dia adalah seorang yang banyak memberi inspirasi. Rasanya ia (pandangan itu) perlu dikekalkan begitu”, itu k0men peguam pembela Yasin, Yusmadi Yusoff,ketika ditanya berkenaan status anak guamnya itu.

Ujar Yusmadi lagi, amat tidak wajar Yasin dilap0rkan memiliki ladang mini g4nja ,serta sejumlah wang dan sebagainya.

“Tapi tentang hal itu tidak boleh k0men lanjut kerana ke.s sedang berjalan. Cuma saya cadang agar k0men-k0men yang tidak wajar harus dielakkan,” katanya.

Yusmadi juga menambah, dia percaya sokongan keluarga dan orang terdekat adalah sangat baik buat anak guamnya pada waktu ini.

Sementara itu, abang kandung Yasin, Zain Sulaiman, 50, yang mewakili keluarga meluahkan harapan yang tinggi selain mendoakan urusan perbicaraan penyanyi nasyid dan komposer tersebut dipermudahkan.

“Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahka-mah Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Selain Zain yang mewakili keluarga, turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah anggota kumpulan Brothers, Akbar.

Selain itu, ditanya mengenai keadaan anak-anak Yasin iaitu Sameer,12, dan Malaika,7, Zain berkata kedua-duanya juga menaruh harapan yang tinggi pada bapa mereka.

“Anak-anak dia menaruh harapan yang tinggi dan sangat tabah. Mereka semua menunggu Yasin. Mereka tahu apa yang berlaku pada dia,” katanya.

Hari ini Yasin hadir ke mahkamah bagi menjalani perbicaraan tudu-han dan penaha-nannya berhubung k.es menanam 17 pokok g4ja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Yassin juga akan did4kwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dad4h Berbahaya.

Sumber: Utusan