Lama hidup solo, Enot n4fi terjebak cinta s0ngsang

Selepas dua kali g4gal dalam perkahwinan, pelakon Aliza Abdullah atau lebih dikenali dengan nama layarnya sebagai Enot tidak pernah terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga.

Enot berkata, hampir sedekad lebih menjadi ibu tunggal, dia bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anak dan cucu.

“Masa usia belum masuk 40 tahun, adalah rasa nak kembali bersuami. Tapi lepas dah ada cucu, keinginan itu terus hilag.

Saya tiada rasa nak berumah tangga sampailah ramai cop saya lesbi an.

“Anak-anak pun seperti keber-atan membenarkan saya kembali mencari pasangan hidup. Mereka selalu minta saya fikir baik-baik kalau saya beritahu nak kahwin semula,” katanya.

Dalam masa sama, Enot turut menjawab tudu-han sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai wanita lesbi an.

Melabelkan tud-uhan tersebut tidak berasas, Enot berkata, barangkali perwatakannya yang kasar serta berkawan dengan ramai wanita menyebabkan ramai berfikiran sebegitu.

“Tidak dinafikan memang ramai yang sangkakan saya seorang lesbi4n. Mungkin ada yang tak tahu saya dulu belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban. Jadi rakan sekolah termasuk saya ramai yang perwatakan macam lelaki, sedikit kasar.

“Selain itu, saya juga aktif bersukan. Antara sukan yang saya ceburi adalah softball. Rakan-rakan juga memanggil saya dengan gelaran ‘Abang Ali’ ketika di sekolah.

“Bagi saya, setakat panggil ‘sayang’ sesama kawan wanita tu normal,” katanya.

Enot dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina serta seorang cucu. 

 

 

 

Sumber:HM