Model, pengacara dan pelakon, Hariss Annuar berk0ngsi kegembiraan apabila perkongsiannya di Instagram berjaya membuat salah seorang pengikut media s0sialnya konsisten melakukan solat asbab dari perkongsian video darinya berhubung ajakan untuk mendirikan solat sebelum ini.
Menurut Harris, 28, di akaun Instagramnya, jika media s0sial dimanfaatkan sebaik-baiknya, ia pasti akan membuahkan hasil.
“Awaklah saham akhirat saya. Jadi geng (kawan-kawan) salah satu sahaja, kita seb4rkan kebaikan atau meng4ibkan diri sendiri. Pilihlah pilihan yang terbaik.
“Kuasa media s0sial kalau digunakan dengan elok! Alhamdulillah saya rasa gembira untuk awak,” tulis pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu lagi.
Menerusi perkongsian hantaran tersebut, seorang individu tampil menerusi mesej secara langsung meluahkan kesyukurannya dan berterima kasih kepada Harris yang p0pular dengan tagline #bangkitbotak.
“Saya cuma nak bagi tahu, abang sudah menjadi orang tengah. Allah hantar supaya saya mula untuk solat.
“Saya sudah konsisten empat tahun. Terima kasih buat video yang abang cakap untuk mulakan saja solat.Saya ikut dan Alhamdulillah lama-lama biasa,” luah individu terbabit.
Serentak dengan perk0ngsian itu, seorang pengguna lagi menerusi ruangan k0men berk0ngsi rasa terkesan dengan salah satu kandungan video yang pernah dihasilkan oleh Harris.
“Saya pun terse-ntap dengan satu video berkaitan bila mendengar laungan azan, kenapa kita tidak rasa teruja atau tertunggu waktu untuk solat?
“Kita hamba-Nya, sepatutnya rasa teruja untuk pada setiap waktu sebab berbicara dengan Maha Pencipta,” tulis pengguna IG, @hanisah1341.
Sekadar info,Harris mula menceburi bidang seni setelah mendapat tempat ketiga melalui pertandingan Hero Remaja 2017/18.
Selain itu, Harris yang merupakan sepupu kepada Neelofa juga merupakan anak kepada usahawan berjaya Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama komersil Kak Ton.
Tahniah Harris.
Semoga menjadi ikutan kepada pembaca yang lain agar sentiasa menyebarkan dan mengingatkan kepada kebaikan seperti yang terkandung dalam Surah Al-Asr
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam keru-gian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).
Sumber:Utusan