Lisa Surihani dedah alami brain fog, jadi pelupa, cepat letih, sukar berfikir dengan pantas

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Datin Lisa Surihani di layar perak. Selepas lebih dua dekad bergelar pelakon dan memberi sepenuh komitmen dalam karier penuh glamor tersebut, aktres popular ini menyatakan sudah tiba masa untuk mengub-ah haluan seni yang menjadi ‘cinta’ pertamanya sejak 1997.

Jika dahulu, Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed tidak berkira untuk berlama-lama di lokasi penggambaran, namun keutamaannya berubah sejak mula bergelar ibu.

Bermula dengan seorang anak, Yahaira Leanne, 7, kini dua lagi amanah Ilahi, Yusof Leonne, 5, dan Yunos Laith, 10 bulan, harus ditimang sebaik-baiknya.

Tidak betah berjauhan dengan tiga orang anak, terutama si bongsu, menjadi antara faktor Lisa lebih fokus terhadap pengacaraan pada tahun ini.

“Saya memang menyampaikan hasrat kepada pihak pengurusan, jika boleh tahun ini mahu lebih fokus kepada pengacaraan.

“Biarpun masih baharu dan banyak perkara yang perlu dipelajari, saya bersyukur kerana rezeki dalam bidang pengacaraan semakin terbuka luas,” ujar pelakon filem Ombak Rindu ini.

Terang Lisa, faktor lain yang membulatkan hatinya semakin serius dan jatuh cinta dengan dunia pengacaraan adalah ilmu baharu yang diperolehi daripada setiap program kendalian.

“Satu perkara yang saya suka apabila jadi pengacara ini adalah banyak manfaat yang diterima bukan sahaja penonton tetapi juga saya. “Contohnya, sebelum ini saya mengacarakan program kesi-hatan, banyak informasi yang diperolehi di luar bidang saya. Perkara tersebut sangat menyegarkan minda dan diri saya selaku anak seni.

“Satu kelebihan apabila saya yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, jadi saya boleh bertanya sebarang soalan kepada panel jemputan. Bagi saya perkara itu sangat menyeronokkan,” katanya yang pernah mengacarakan program Tanya Doktor Imelda.

Lebih manis, doa Lisa untuk mengacarakan sebuah program berlunaskan agama dimakbulkan Allah, apabila dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program Sakinah Mawadah Warahmah siaran Astro Oasis.

“Alhamdulillah, tahun ini doa saya termakbul apabila diberi peluang mengacarakan sebuah program berunsur agama. Saya memang sangat teruja, jika diikutkan ilmu agama memang saya jauh keting-galan.

“Namun, menerusi program Sakinah Mawadah Warahmah, saya berpeluang belajar apabila dapat bertemu dengan orang berilmu tinggi dalam agama,” ujar Lisa penuh semangat.

“Saya bukanlah berhenti berlakon, cuma untuk tahun ni tawaran pengacaraan lebih banyak. Saya akan berlakon jika naskhah yang ditawarkan terlalu menarik dan keadaan mengizinkan.

“Tambahan anak-anak masih kecil terutamanya Yunos yang memerlukan lebih perhatian. Saya memang tidak mahu berjauhan dengannya terlalu lama.

“Jika tawaran lakonan yang memerlukan kerja di luar daerah, saya perlu pertimbangkan durasi masa dan lokasinya.

“Jika selama dua hari sahaja saya tiada mas4lah, tetapi jika lebih lama dan lokasinya sangat jauh, saya anggap bukan rezeki.

“Saya masih bimbang untuk membawa anak-anak bersama jika kerja di luar daerah. Lain orang lain pendapat, tetapi saya masih belum berani tambahan kami sekeluarga baru sahaja pulih daripada vi-rus Covid-19 pada awal April lalu,” kata Lisa.

Menurut Lisa, selepas bebas daripada jagkitan Covid-19 pada April lalu, dia meghid4pi post Covid simptom, iaitu kabut otak (brain fog) yang menye-babkan diri cepat penat, pelupa dan tidak boleh berfikir dengan pantas seperti selama ini.

“Kami sekeluarga telah pulih daripada vi-rus Covid-19 pada 2 April lalu. Kesannya, saya masih batuk dan cepat berasa penat walaupun naik tangga setingkat.

“Selain itu, saya mempunyai ruam dan kabut otak (brain fog) yang membuatkan saya cepat lupa, sukar berfikir dengan pantas seperti dahulu,” kongsi Lisa.

Diuji dengan virus berkenaan, Lisa tetap bersyukur dan bersangka baik dengan perancangan Allah.

“Justeru, selepas pulih, buat pertama kalinya Lisa beristiqamah mengikuti kelas tadarus al-Quran setiap hari sepanjang Ramadan di surau kawasan perumahannya.

“Ramadan tahun ini sangat berbeza berbanding sebelum ini, kerana buat pertama kalinya saya berjaya khatam al-Quran secara berkumpulan pada 23 April lalu.

“Sebelum ini saya pernah khatam al-Quran tetapi secara bersendirian. Kali ini berbeza kerana bersama jiran-jiran dan berguru.

“Rasanya sangat berbeza, lebih manis dan cukup bermakna.

“Saya bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan orang yang baik-baik dan sentiasa memberi galakkan dalam ibadah. Semoga saya terus beristiqamah dengan al-Quran meski di luar bulan Ramadan,” ujar Lisa.

Demi terus istiqamah, Lisa turut mendaftar diri di kelas mengaji al-Quran secara dalam talian sebagai langkah untuk terus memperbaiki bacaannya.

Semoga terus istiqamah, Lisa!

 

 

Sumber:K! online