Sempat minta maaf pada ibu sebelum m4ut kemalangan

“Mak, nak minta maaf banyak-banyak, saya nak pergi hantar serai ni.”

Itu kata-kata terakhir dari seorang remaja, Muhammad Amirrudin Azizan, 19, kepada ibunya, sebelum dia menemui ajal kerana terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Muhammad Amirrudin, anak keenam dari tujuh beradik, bersama sepupunya, Mohd Fazrol Maarof, 39, kedua-duanya dari Kampung Pajak Baling, Kedah, m4ut selepas lori dinaiki mereka yang membawa muatan serai seberat tiga tan melan-ggar sebuah treler yang berhenti di atas jambatan berkenaan.

Bapa magsa, Azizan Ishak, 62, berkata, Allahyarham sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar serai milik sebuah syarikat ke Pulau Pinang dengan menaiki lori yang dipandu Mohd Fazrol.

“Biasanya dia keluar dari rumah jam 1 pagi, tetapi hari ini sebelum bertolak, dia bersalam dengan ibu (Saerah Salleh, 53) serta meminta maaf namun ibunya tidak mengesyaki apa-apa.

“Entah kenapa hari ini saya rasa tidak sedap hati dan tidak dapat berniaga ayam di pasar, sebelum ke kedai kopi berhampiran untuk minum kira-kira 7 pagi.

“Tiba di kedai, rakan memberitahu dia terima maklumat melalui WhatsApp mengenai seorang lelaki terbabit kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, beralamat di Kampung Pajak, sebelum menyedari mngsa adalah anak saya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik H0spital Pulau Pinang (HPP), di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Amirrudin disifatkan sebagai seorang anak yang rajin dan mengutamakan solat serta menjadi penghibur dalam keluarga.

Katanya, Muhammad Amirrudin bekerja keras kerana mahu mengumpul wang bagi membaiki motosikalnya untuk kegunaan harian.

“Kelmarin, dia beritahu ibunya sudah lama tiada kema-tian (di kampung itu) dan hendak menggali kubur, tidak sangka rupa-rupanya dia yang hendak ‘pergi’.

“Sudah tiada lagi penghibur dalam keluarga, saya reda dengan ketentuan-Nya dan kedua-dua jenazah dijangka disemadikan malam ini di tanah perkuburan berhampiran Kampung Pajak selepas selesai bedah sia-sat, ” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kedua-dua magsa meniggal dunia di tempat kejadian kerana keced-eraan parah.

Sumber:HM