Detik pertemuan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden selepas dibebaskan daripada tah-anan reman p0lis hari ini memancing emosi netizen yang rata-rata terharu melihat aksi dua beranak itu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sharnaaz atau mesra disapa Mamu melepaskan rindu dengan l memeluk erat dan berkali-kali mencium pipi anaknya selepas tiga hari berada dalam tahanan.
“Saya okey. Insya-Allah. Baba (panggilannya) sayang awak,” tulis Sharnaaz.
Perkongsian penuh kasih sayang antara pelakon berusia 37 tahun dengan anak tunggalnya itu turut mendapat kata-kata sokongan daripada rakan -rakan artis yang memberikan kata-kata semangat kepada pelakon itu.
“Semoga tabah. Kau sahaja tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kami sentiasa mendoakan kau!” ujar pelakon Fizo Omar.
“Baba dan Jayden kuat! Semoga sentiasa di bawah lindunganNya,” ujar pelakon Siti Elizad.
“Mamu! Semoga semuanya baik-baik belaka,” pinta penyanyi dan juga pelakon Shiha Zikir.
Sementara itu, wajah Jebat ketika memeluk dan mencium bapanya turut menaik perhatian netizen.
“Nampak Jebat rindu babanya,” kOmen seorang netizen.
“Kesian Jebat. Baba kuat, Jebat sudah tentu kuat juga ya. Semoga dipermudahkan urusan,” komen seorang lagi peminatnya.
“Tengok muka Jebat, sedih sangat rasanya,” kata seorang pengguna Instagram.
Terdahulu, Sharnaaz dibebaskan dengan jaminan p0lis hari ini selepas tiga hari direman susulan kes pukul di sebuah kondominium di Segambut pada Khamis lalu.
Sharnaaz dalam kenyataannya kepada media menegaskan dia tidak sesekali akan melakukan ti-ndakan bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: K! Online