PELAKON Sharifah Amani yang popular melalui filem Sepet dan Gubra akhirnya mende-dahkan dirinya sudah menjadi tunangan orang.
Pelakon berbakat ini telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya pada 24 Jun lalu di kediaman keluarga di ibu kota.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) rasmi miliknya, dia memaparkan cincin di jari manisnya dan wajah tunangan yang membelakangkan tangannya mengesahkan yang hati anak kepada pelakon hebat Fatimah Abu Bakar ini sedang berbunga-bunga.
Menghubungi pelakon yang juga anak didik pengarah, Allahyarham Yasmin Ahmad ini, dia mengak-ui sedikit gementar dan gembira dalam masa sama.
“Jujur, saya amat berdebar kerana mengenali diri ini memang kisah peribadi antara yang bukan saya jaja selama bergelar anak seni. Tapi, saya akur, perjalanan hidup manusia juga akan bertemu titik bahagia.
“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.
Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 pada 2006 ini bagaimanapun belum bersedia mende-dahkan identiti tunangnya.
Namun, dia memaklumkan bakal melangkah ke gerbang perkahwinan pada tahun ini juga.
“Nanti masa nikah, saya bersedia berk0ngsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dulu.
“Yang pasti kami sudah kenal sejak empat tahun lalu. Saya selesa mengenalinya,” katanya.
Sumber: Wilayah ku